Koleksi Sensasi

Isu Bahasa: Zam Bidas Soi Lek

TELAH  berkali-kali kita mendengar pemimpin pemimpin MCA dan lain lain  pemimpin berbagai pertubuhan  Cina di Malaysia  menekankan pentingnya bahasa Mandarin kepada rakyat Malaysia tanpa memberikan perhatian terhadap  kelemahan orang Cina rakyat Malaysia berbahasa Malaysia.


Terkini Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, rakyat Malaysia mesti dilatih dalam berbagai bahasa terutama Mandarin yang nilai ekonominya menjadi bertambah besar kerana China menjadi kuasa kedua ekonomi dunia.

Soi Lek  langsung tidak prihatin,  tidak merasa malu  dan tidak ambil kisah tentang kedudukan sebahagian besar kaumnya  yang terhina  dari nilai nasional kerana tidak dapat bercakap dalam bahasa Melayu dengan faseh seperti beliau.

Malah orang Cina tidak lagi prihatin terhadap perlunya pemidang dalam Bahasa Malaysia di dalam sesuatu perjumpaan masyarakat Cina. Seolah-olah bahasa Malaysia tidak ada kena mengena dengan mereka.

Sebenarnya pandangan Chua Soi Lek dalam hal ini  berbeza dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew  yang tidak menampakkan keyakinannya terhadap masa depan Mandarin untuk menjadi bahasa antarabangsa sebaliknya masyarakat Cina di  negara Republik Rakyat China sendiri akan suatu masa nanti menggunakan bahasa Inggeris.

Ini  dapat dilihat  dari pandagannya  dalam forum di Business School For The Wolrd  di Singapura yang membicangkan sama ada China Kawan atau Musuh  yang disertai  oleh wartawan-wartawan, intelektual dan ahli perniagaan Asia (Lihat youtube video Bahasa Inggeris Lee Kuan Yew on Whether China is Friend or Foe 23 ogos 2012).

Lee Kuan Yew yakin kemaraan ekonomi Asia  yang akan menjadi kuasa ekonomi menerusi sistem sekular dalam masa 20 tahun akan datang tidak akan dapat dielakkan.

Mengenai sama ada China akan menjadi sebagai musuh atau kawan,Lee Kuan Yew percaya hal ini akan ditentukan oleh  perubahan pemikiran orang Cina menerusi pengetahuan bahasa Inggeris.

Lee Kuan Yew yakin  bahasa Inggeris akan menjadi bahasa perhubungan antara orang Cina dengan orang luar.

Katanya, jika struktur politburo Cina terus kekal seperti sekarang,  maka golongan berbahasa Inggeris di China akan bertambah besar seperti dulunya  generasi Cina di bawah pengaruh Komunis Soviet Unon  pandai  berbahasa Soviet.

Katanya lagi, mungkin dalam  perundingan bahasa Cina akan digunakan  tetapi generasi baru Cina akan bercakap dalam bahasa Inggeris dengan orang asing kerana mereka mendapat dididikan Barat, Phd dari Amerika, Britain, Jerman dan lain lain negara Eropah.

Peliknya kenapa  Soi Lek merasa perlu untuk menyuarakan kepentingan Bahasa Mandarin kepada rakyat Malaysia di Forum Dunia Ekonomi Cina yang tentunya dihadiri oleh orang-orang Cina yang memang percaya kepada masa depan Bahasa Cina dan kenapa  Soi Lek tidak menekankan kepada hanya penggunaan bahasa Mandarin sahaja di Malaysia dan tidak lain-lain dialek?

Yang perlu ditekankan oleh Soi Lek sebagai mewakili masyarakat Malaysia ialah  orang Cina di luar China dan di China  perlu mempelajari bahasa Melayu Malaysia /Indonesia untuk berinteraksi dengan rakyat Nusantara ini kerana hubungan persahabatan rakyat dua negara dengan Republik Rakyat Cina semakin diperlukan bila Amerika Syarikat dan Barat merasa China menjadi ancaman kepada mereka dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam pada itu ekonomi Malaysia dan Indonesia juga berkembang dengan pesat yang juga diperlukan oleh kalangan perniagaan Cina dan negara China. Maka kenapa hanya Mandarin menjadi lebih  penting? 

Bahasa Inggeris juga perlu bagi mencairkan pemikiran perkauman orang Cina saperti yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew terhadap Cina Singapura.

Soi Lek tidak seharusnya diyakinkan oleh orang tertentu di  The Star sendiri  terutamanya manusia seperti June Wong (sekarang Ketua Pengarang?) yang tidak mempunyai jiwa Malaysia dan memandang rendah kepada Bahasa Malaysia  yang terbukti  dalam sebuah  rencananya memperlihatkan  tidak puas hati sekadar tambahan masa bagi Bahasa Inggeris tanpa menghapuskan Sekolah Kebangsaan.

Orang-orang seperti ini temasuk dalam jenis wartawan yang dikatakan oleh Lee Kuan Yew "Standard Western Journalist thingking" bila ditanya  seorang watawan Inggeris dalam forum yang sama, sama ada Singapura boleh maju sekiranya Singapura terkongkong dan masih  tidak dapat berfikir di luar kotak. Kata Lee Kuan Yew, jika tidak ada kebebasan di Singapura maka Singapura tidak akan maju dan  dia  tidak akan berada di Singapura.

Nasib baik pemimpin-pemimpin Melayu tidak berfikir di bawah tempurung, jika tidak June Wong tidak dapat hidup mewah di Malaysia walaupun tidak pandai berbahasa Malaysia dan tidak menjiwai Perlembagaan Malaysia.