Koleksi Sensasi

KRU Bakal Terbit Filem Patriotik Perang Mogadishu

PETALING JAYA: KRU Studios bakal menghasilkan sebuah filem berbentuk patriotik berdasarkan pertempuran yang berlaku di Mogadishu, Somalia kira-kira 20 tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, filem yang masih dalam peringkat perbincangan dan penyelidikan itu bakal mengangkat perjuangan dan pengorbanan tentera Malaysia dalam peperangan tersebut.
"Pihak KRU Studios merancang untuk menghasilkan sebuah filem patriotik tetapi tidak terlalu berbentuk melodrama atau pun biografi kerana bimbang ia tidak akan dapat menarik minat penonton.