Koleksi Sensasi

Lelaki Ini Tinggal Dalam Kereta Selama 10 Tahun

Seorang lelaki berusia 83 tahun, Oscar Almaguer tinggal di dalam sebuah kereta Volkswagen Beetle keluaran tahun 1967 di pinggir Monterrey, Mexico,

Warga emas itu menjadikan kereta tersebut sebagai rumahnya selepas dia bercerai dengan isterinya 10 tahun lalu.

Dia mengubah suai kereta tersebut dengan meletakkan kusyen dari sebuah kereta keluaran Volkswagen yang lain di dalam kenderaannya itu.

Sebahagian barang-barang milik warga emas itu seperti besen dan kasut disimpan di dalam hud kereta tersebut.

Dia juga menggunakan penutup plastik berwarna hitam untuk melindungi badan kereta tersebut daripada pancaran cahaya matahari.

Oscar tidak menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin kereta itu.

Sebaliknya, dia menyambung dua wayar untuk menghidupkan enjin kereta tersebut.

Enjin kereta itu adalah dari sebuah model kereta sedan Volkswagen.

Kereta itu juga mempunyai alat selak kunci yang dipasang pada pintu kenderaan tersebut.

Walaupun dijadikan tempat tinggal, Oscar turut memandu kereta yang berusia 46 tahun itu.