Koleksi Sensasi

Pasangan Ini Abadikan Foto Pekahwinan Di Tebing Gunung


Pasangan dari China, Fang Jing, dan sang suami, Zhao. Pasangan yang memiliki hobi sukan luaran ini memilih mengabadikan kenangan berharga mereka sambil memanjat tebing di Liuzhou, China. Mereka lakukannya sambil mengenakan pakaian pengantin.

Pengantin wanita, Fang Jing, mengenakan gaun pengantin berwarna putih. Gaun kelihatan lebih sederhana dan ringan sehingga memudahkan Jing memanjat tebing.

Jika biasanya pengantin wanita memakai kasut tumit tinggi tetapi, Fang Jing mengenakan kasut khas untuk memanjat tebing.

Tanpa rasa takut sedikit pun, Jing dan suaminya bergaya sambil tergantung dengan seutas tali keselamatan. Untuk mendapatkan sudut pengambilan objek yang tepat, jurugambar yang melakukan pengambaran ini juga harus tergantung.