Koleksi Sensasi

Pekin Ibrahim: Saya Ada Bukti Uqasha Senrose Dan Sharnaaz Ada Hubungan Sulit

Pekin Ibrahim yang ditemui ketika pengambaran sebuah telemovie baru baru ini mengakui yang hubungan cintanya dengan Uqasha Senrose sudah berakhir selepas mengetahui tunangnya itu bermain kayu tiga dengan seorang pelakon popular lain, Sharnaaz Ahmad.

“Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Tetapi, seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” ujar Pekin Ibrahim melalui Kosmo! hari ini.

“Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti”

“Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu”
“Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad & sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima”

Pekin Ibrahim turut menjelaskan yang ini bukannya kali pertama Uqasha Senrose berlaku curang terhadap dirinya selain sudah menyimpan semua bukti.

“Saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut”

“Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja,” tambahnya lagi.