Koleksi Sensasi

Pembantu Tadbir N17 Naik Gred Jadi Pegawai?

Kakitangan awam sudah semestinya ternanti-nantikan Pembentangan Bajet 2014 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 25 Oktober 2013 ini. Biasalah, bila dah dekat hujung-hujung tarikh pembentangan Bajet, Datuk Omar Osman, selaku Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), akan mula bersuara.
Dan di antara suara beliau kali ini, adalah untuk menggantikan jawatan Pembantu Tadbir  kepada Pegawai Khidmat Tadbir.
Lihat petikan berita di bawah:-
KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Cuepacs telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.
Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan Cuepacs selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.

Cadangan Terbaru Cuepacs  Untuk Pembantu Tadbir N17-N26

  1. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir
  2. Naik gred seramai 65,000 pembantu tadbir itu di seluruh Malaysia
  3. Cuepacs merasakan Pembantu Tadbir merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pembantu Tadbir tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.
Kami tak nampak apa relevannya untuk menukarkan nama jawatan Pembantu Tadbir kepada Pegawai Khidmat Tadbir.Kalaupun, ia dianggap sebagai golongan pelaksana, ia sebenarnya bermaksud pelaksana kerja atau arahan dari orang atasan, atau pegawai.
Kalau hendak ditukarkan, apa pula nama jawatan yang perlu diganti kepada Pegawai Tadbir dan Penolong Pegawai Tadbir? Kami tak rasa nama Pembantu Tadbir ditukarkan.Yang perlu ditukarkan adalah, sikap dan mentaliti ramai pembantu tadbir dalam melaksanakan kerja atau arahan.
Nampaknya apabila gred meningkat, skop kerja kenalah lebih besar daripada skop kerja sekarang.
Ada yang mengatakan nama biar ada gaya, macam dulu-dulu nama pegawai. Kemudian tukar pada panggilan yang lebih hebat, Penolong Pengarah.
  • Andaikata Pembantu Tadbir gerd N17/22/26 dipanggil Pegawai Tadbir
  • Bagaimana pula dengan jawatan N27/32/36 yang sekarang di panggil Penolong Pegawai Tadbir
  • Cuepacs tidak mahu tukar penggilan jawatan mereka juga?
  • Mana mungkin gred bawah pegawai, atasnya pula adalah penolong
Bagaimana setuju? komen penjawat awam mengenai cadangan terbaru Cuepacs ini?
FAKTA:- Amerika Syarikat rakyatnya berjumlah 250 juta penduduk.Tetapi penjawat awam mereka sekitar 800,000 sahaja. Manakala di Malaysia, Rakyat Malaysia berjumlah 27 juta penduduk tetapi…….penjawat awam di Malaysia berjumlah sekitar 1.4 juta. Hakikatnya….
Hakikatnya, di Amerika Syarikat tiada Kemas, Jasa, Jabatan Penerangan, Kementerian Sukan, Kementerian Pelancongan, Menteri di Jabatan Perdana, orang politik yang kalah bertanding diangkat menjadi penasihat. Di Malaysia?