Koleksi Sensasi

Penjelasan Fauzi Nawawi – Isu Curangi Isteri,Skandal Dengan Noni AF5?

fauzi nawawi
Pelakon Fauzi Nawawi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, berasa malu apabila timbul isu kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni.

Tambah Fauzi , dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri, Lisdawati.
“Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal.
Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya dan Kiambang sahaja dengannya.
Dalam pada itu, Fauzi berkata, dia berasa pelik daripada mana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya.
“Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti.
“Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk.
Selain itu, dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd.
Dalam perkembangan lain, Fauzi kini sedang menjalani penggambaran drama Dialah Suamiku bersama-sama dengan nabila Huda dan Dazrin Kamaruddin terbitan Metrowealth International Group (MIG), siaran Astro Prima.