Koleksi Sensasi

Saiful Bebas Apek Dakwaan Ambil Dadah


Mahkamah Majistret Petaling Jaya, telah membebaskan pelawak terkenal, Saiful Apek dan tiga pekerjanya daripada pertuduhan memasukkan kanabis ke dalam badan pada 2010. 

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

Saiful bersama rakannya  didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan pada jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000.