Koleksi Sensasi

Sharnaaz Bertumbuk Dengan Pengguna Jalan Raya di Ampang

BARU saja reda dengan isu kontroversi apabila dikatakan memukul bekas kekasihnya, Shila Amzah, nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi perhatian apabila dia didakwa bertumbuk dengan pengguna jalan raya di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, dalam laporan berita tempatan itu, turut menyebut bahawa kedua-duanya bagaikan tidak mahu mengalah dan khabarnya, pengguna jalan raya itu juga teruk dibelasah olehnya.

Bukan sekali dua kita mendengar mengenai perangai panas baran pelakon Bukan Bidadari ini. Justure, Zass menghubungi Sharnaaz bagi mendapatkan kesahihan perkara itu daripadanya.
“Saya tak tahu dan tak nak komen apa-apa pasal itu,” ujarnya ringkas.

Sebelum ini, pelakon filem Juvana itu pernah didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang krew produksi, memaki hamun bekas kekasihnya di laman sosial Twitter dan dikatakan tidak sebulu dengan seorang pelakon tempatan yang sedang meningkat naik.

Namun semua perkara tersebut selesai apabila Sharnaaz sudah memberi penjelasan mengenai tindakannya itu dan ada daripadanya tidak benar.