Koleksi Sensasi

Siti Saleha Sedang Bercinta Jejaka Eropah

Terdapat segelintir artis tempatan di negara ini mempunyai kegemaran menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki yang berasal dari Eropah.


Beberapa orang artis sebelum ini berkahwin dengan lelaki Inggeris seperti Ning Baizura dan Maya Karin. Baru-baru ini juga pasangan suami isteri Nurul dan Eric Depp yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata.

Seorang lagi artik cantik manis yang gemarkan hubungan dengan lelaki dari seberang laut ini ialah Siti Saleha.

Menurut blog beautifulnara, setelah putus cinta dengan seorang lelaki Inggeris baru-baru ini, kini hati Siti Saleha kembali ditemani seorang lelaki Eropah.

Siti Saleha berkata beliau tidak menafikan yang kini sedang menjalinkan hubungan dengan dengan seorang lelaki yang dikenalinya kira-kira tiga bulan lalu.

“Dia merupakan lelaki yang berasal dari Eropah, tetapi bekerja di Malaysia, detik perkenalan bermula ketika kami sama-sama hadir acara makan malam yang diadakan oleh seorang rakan.

“Kalau boleh, saya tidak mahu mendedahkan identiti jejaka berkenaan memandangkan hubungan kami masih awal dan setakat ini saya cukup selesa bersamanya,” katanya seperti dilaporkan beautifulnara.

Mudah-mudahan diharapkan berhasil jodoh Siti Saleha dengan kekasih barunya ini ya. Penulis rasa, lelaki Melayu pun takut nak mendekati Siti Saleha dek kerana kecantikan dan popularitinya.

Bukannya apa, mungkin bagi Siti Saleha lelaki Eropah romantik, penyayang dan memahami agaknya. Jangan tak tau, lelaki Melayu pun ramai yang penyayang dan romantik.