Koleksi Sensasi

Upin & Ipin Cecah 7 Juta 'Likes' Di Facebook


Siri animasi tempatan popular, Upin & Ipin mencipta pencapaian membanggakan apabila laman Facebooknya mendapat 'like' lebih daripada tujuh juta sehingga hari ini. Pencapaian ini sekali gus melayakkan laman ini menjadi antara laman Facebook paling popular di Malaysia.

Siri Upin & Ipin mula ditayangkan pada bulan Ramadan 2007 dan sejak itu popularitinya semakin meningkat sehingga meraih populariti di negara jiran seperti Brunei dan singapura. 

selain siri TV, Upin & Ipin juga pernah diangkat ke layar perak dalam filem 'Geng: Pengembaraan Bermula'. Kini, karektor popular ini akan sekali lagi ke layar perak menerusi filem 'Laksama Upin & Ipin'.