Koleksi Sensasi

White House Terima Tempias Penutupan Kerajaan AS


WASHINGTON - Penutupan kerajaan persekutuan kini menjejaskan operasi White House apabila tiga daripada setiap empat kakitangannya terpaksa bercuti tanpa gaji.

Pada hari biasa, White House yang menjadi kediaman dan pejabat Presiden Amerika Syarikat (AS) turut menempatkan seramai 1,701 kakitangan termasuk penasihat, pembantu, chef dan pekerja lain.

Kini, kurang daripada 470 petugas yang masih bekerja di bangunan tersebut. Ia berikutan sebahagian kakitangan berkenaan berada dalam kategori 'tidak perlu' selepas operasi kerajaan AS ditutup bermula 1 Okto- ber lalu.

Situasi tersebut berpunca daripada kegagalan Kongres menetapi tarikh akhir 30 September untuk meluluskan bajet baharu kerajaan persekutuan.

Perkembangan itu menyebabkan kerajaan AS tidak mempunyai dana untuk membayar gaji kakitangan awam dan membiayai projek persekutuan.

Malah, panggilan telefon ke White House dijawab mesin rakaman yang memberitahu pemanggil untuk menelefon selepas operasi kerajaan dibuka semula. - Agensi