Koleksi Sensasi

2 Ditahan Tuntut Sultan Pahang Undur Dari FAM


Dua peminat bola sepak negara ditangkap kerana mahu perubahan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas kekalahan Malaysia 1-0 di tangan Qatar di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bagaimanapun kedua individu tersebut dibebaskan kira-kira jam 3 pagi hari ini.

NONEPolis Shah Alam mengesahkan penangkapan dua individu terbabit namun menolak untuk mengulas lanjut.

Salah seorang yang ditangkap merupakan pentabdir kepada laman "Presiden FAM sila letak jawatan" di Facebook.

Menurut sumber, kedua mereka ditangkap ketika masuk ke kawasan VIP stadium Shah Alam bagi melahirkan ketidakpuasan hati dan menuntut peletakan jawatan kepimpinan tertinggi bola sepak negara.

Prestasi buruk pasukan kebangsaan menyebabkan sebahagian penyokong berang dan mula menyanyikan lagu menuntut pemecatan Sultan Ahmad Shah dari tampuk FAM dan jurulatih kebangsaan, K Rajagopal.

KJ: Suara penyokong jelas

Kekecohan timbul setelah sebatang suar (flare) dinyalakan di tempat duduk 'M' stadium selepas Malaysia terkeluar dari kelayakan Piala Asia 2015.

Pasukan simpanan persekutuan (FRU) kemudian masuk ke padang untuk menyuraikan peminat yang berkumpul sambil menyanyikan lagu mengkritik pasukan bolas epak kebangsaan.

khairy jamaluddin 101113Khalayak media sosial pula mengkritik hebat prestasi pasukan kebangsaan yang kini menghuni tangga 160 dalam ranking Federasi Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (kiri) dalam laman Twitter beliau dengan sinis menyatakan: 

"Suara penyokong cukup jelas. Tak perlu saya tokok tambah. #sopan"

FAM pada tahun 1996 pernah mensasarkan untuk layak ke Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung di Brazil, tahun depan.

ps: jangan hanya salahkan FAM, salahkan juga kementerian.