Koleksi Sensasi

Amah Suspek Buang Bayi Depan Rumah Majikan


Seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 30 tahun ditahan polis selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian meninggalkan bayi di depan kediaman majikannya, lapor media.

Menurut pemilik kediaman berkenaan, bayi terbabit yang masih mempunyai tali pusat ditinggalkan di luar sebuah rumah di Sixth Anevue, semalam. 

Wanita yang berusia 50-an itu itu memberitahu media yang pembantu rumahnya menemui bayi berkenaan pagi semalam ketika ingin membuang sampah. 

Pembantu rumah berkenaan kemudian membawa masuk bayi terbabit ke rumah dan memaklumkan perkara itu kepada suami majikannya yang seterusnya membuat laporan polis.

“Saya tidak tahu mengapa bayi itu ditinggalkan di situ,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi