Koleksi Sensasi

Awie Didakwa Telah Pun Diisytiharkan Muflis


Muflis di kalangan rakyat Malaysia bukan perkara baru namun jika ianya melibatkan selebriti dan orang ternama, pastinya akan menjadi perhatian para peminat dan media. 

Terbaru, penyanyi dan pelakon terkenal Awie di’dakwa telah pun diisytiharkan muflis. 

“Muflis atau tak, saya tak ganggu orang, bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun,” ulas Awie tentang dakwaan yang timbul. 

“Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis” 

“Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya, asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya” 

Menjawab dakwaan yang beliau telah memindahkan semua aset beliau kepada isterinya Rozana Misbun susulan status muflis, Awie berkata ianya satu tindakan yang wajar ketika ini jika benar beliau berbuat demikian. 

“Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi, apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja,” tambah Awie lagi yang enggan mengulas lanjut secara terperinci. ohpedih