Koleksi Sensasi

‘Bapa Penyayang’ Bunuh 20 Wanita Mirip Ibu


Anggota polis yang dikenali sebagai “suami dan bapa penyayang” sebenarnya ialah seorang pembunuh bersiri yang membunuh sekurang-kurangnya 20 wanita di Siberia.

Mikhail Popkov mengapak, menikam atau mencekik wanita yang “kelihatan seperti ibunya” selepas dibayangi sejarah zaman kanak-kanak.

Penyiasat berkata, Popkov kini berusia 49 tahun pernah didera dan dizalimi oleh ibunya ketika kecil. “Setakat ini lelaki terbabit mengaku melakukan 24 pembunuhan walaupun polis percaya dia bertanggungjawab dalam sekurang-kurangnya 29 kes.

“Bagi pakar jenayah, mereka yakin suspek melakukan lebih banyak pembunuhan,” katanya.

Digelar dengan pelbagai panggilan termasuk Serigala Jadi-jadian dan Pembunuh Rabu (kerana kebanyakan mayat mangsanya ditemui dalam hutan pada Rabu) - Popkov menyembunyikan perbuatannya selama dua dekad.

Polis pula mengabaikan bukti yang menunjukkan pembunuh misteri yang sedang disiasat mungkin seorang daripada anggota mereka sendiri. Bapa kepada seorang anak itu berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber berkata, mangsa dipilih berdasarkan sifat yang menyamai ibu suspek. Katanya, daripada 29 mangsa yang ditemui, 25 berusia antara 19 dan 28 tahun, manakala empat lagi antara 35 hingga 40 tahun. “Sekurang-kurangnya seorang mangsa dipancung dan jantungnya dikeluarkan,” katanya. Popkov dilaporkan berhenti membunuh selepas mendapati kejantanan dirinya gagal berfungsi sekali gus membayangkan seks adalah motif jenayahnya. Sumber berkata, mangsa biasanya ditemui dalam bar dan dibiarkan mabuk sebelum dibunuh. “Polis percaya pembunuhan berlaku antara 1992 hingga 2000,” katanya. Popkov ditahan pada Jun 2012 selepas 3,500 polis - termasuk di kalangan pesara dipaksa menjalani ujian DNA. - Agensi