Koleksi Sensasi

Bercerai Pada Usia 10 Tahun

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun menjadi individu termuda bercerai di India selepas dikahwinkan dengan suaminya Arjun Bakridi, 10, ketika dia berusia empat tahun.

Menurut AFP, Insiden itu berlaku selepas bapa budak tersebut hanya membenarkan Fatima Mangre mengikut suaminya selepas umurnya mencecah 18 tahun.  

Keputusan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada bapa Arjun dan pertengkaran itu berakhir selepas kanak-kanak lelaki tersebut memfailkan perceraian pada minggu lalu.

Kejadian yang berlaku di kampung Nakhi daerah Shravasti itu kini sedang disiasat kerajaan negeri.