Koleksi Sensasi

Berjalan Kaki Dari Pahang Ke Shah Alam, Bayar Nazar Pahang Menang Piala Malaysia

Berbekal wang tunai RM60, sehelai kain pelikat, dua jersi Pahang dan dua seluar sukan, seorang pengawal keselamatan berjalan dari Masjid Negeri ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar selepas Pahang menjuarai Piala Malaysia, Ahad lalu.

Abdul Majid Abdul Hamid, 57, yang diiringi rakannya, Abdullah Othman, 51, memulakan perjalanan jam 6.45 pagi tadi. 

Dia menjangkakan sampai ke Stadium Shah Alam pada 12 November ini.