Koleksi Sensasi

Budak 4 Tahun Maut Dibaham Anjing Sendiri

Seorang kanak-kanak perempuan empat tahun maut apabila digigit dan dibaham anjing peliharaannya sendiri yang bersaiz agak besar.

Lexi Hudson ketika kejadian sedang bermain-main bersama anjing mereka itu daripada spesis French Mastiff sebelum anjing besar itu mula menyerangnya.

Menurut jirannya yang juga saksi kejadian, tubuh kanak-kanak itu digoncang seperti anak patung ketika diserang di luar kawasan rumahnya semalam.

Ibu, Lexi, Jodi Hudson, 30, berjaya menikam anjing berkenaan hingga mati ketika bergelut dengan haiwan itu bagi menyelamatkan anaknya dari mulut anjing berkenaan.

Petugas perubatan kecemasan mengejarkan Lexi Pusat Perubatan Queen’s di Nottingham malangnya kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan teruk.

Anjing berkenaan yang diselamatkan keluarga itu baru sahaja tinggal bersama mereka selama beberapa minggu di sebuah rumah pangsa di perkampungan Mountsorrel di Leicestershire.

Anjing peliharaan keluarga berkenaan bukan datang dari jenis anjing yang dilarang untuk dipelihara di bawah Akta Anjing Berbayaha.