Koleksi Sensasi

Budak 8 Tahun Hidap Kanser Paru-Paru

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun menjadi pesakit kanser paru-paru termuda di China dengan beberapa doktor menyalahkan pencemaran sebagai punca dia diserang penyakit tersebut.

Kes kanser dalam kalangan kanak-kanak amat jarang berlaku.

Menurut Persatuan Kanser Amerika, penyakit tersebut secara puratanya menyerang mereka yang berumur 70 tahun dan ke atas.

Laman web agensi berita rasmi Xinhuanet melaporkan, mangsa yang dirahsiakan identitinya tinggal berhampiran sebatang jalan besar di wilayah Jiangsu, timur China.

"Kanak-kanak tersebut terdedah kepada zarah berbahaya dan debu untuk jangka masa yang panjang," kata pakar Hospital Kanser Nanjing, Dr. Jie Fengdong.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati budak perempuan itu menghidap kanser akibat pencemaran udara yang teruk berlaku di bandar Harbin.

Pencemaran udara pada dua minggu lalu itu menyebabkan sistem penerbangan udara dan darat lumpuh manakala sekolah-sekolah terpaksa ditutup selama beberapa hari.

Menurut Kementerian Kesihatan Beijing, kematian akibat kanser paru-paru di China telah meningkat beberapa kali ganda sejak 30 tahun lalu malah, ia penyebab utama kepada kematian penduduk di bandar raya ini. - AFP gambar hiasan