Koleksi Sensasi

Culik Guna LRT


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun bertindak bijak apabila berlari keluar dari kenderaan Transit Aliran Ringan (LRT) untuk menyelamatkan dirinya daripada dilarikan seorang lelaki, selepas sampai di LRT Taman Melati.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia enam tahun sedang bermain berdekatan rumahnya di Flat Sri Pahang, Bangsar sebelum didatangi seorang lelaki tempatan.

Menceritakan mengenai kejadian itu, mangsa berkata, ketika dia sedang bermain bersama rakan-rakannya, seorang lelaki menarik tangannya.

Katanya, dia yang takut dan panik melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri dan mengikut lelaki itu.

“Saya dibawa menaiki LRT dan saya menjadi lebih takut selepas memasukinya.