Koleksi Sensasi

Final Kelantan Vs Pahang


Siapapun yang menang dalam pertandingan bola sepak Piala Malaysia akhir antara Pahang dan Kelantan, bukanlah isu utama. Kerana piala Malaysia tetap akan ke "pantai timur" untuk musim ini.

Malam esok, The Red Warrior bakal bertemu dengan The Elephant Army dalam pertandingan akhir di Stadium Shah Alam. Pahang kali terakhir memenangi Piala Malaysia pada tahun 1992, dan pastinya pemain-pemain bersemangat memburu kemenangan untuk mengulangi sejarah lampau.

Bagi juara bertahan Kelantan, mereka punya banyak kelebihan beraksi di gelanggang akhir dan jarang mereka kecundang. Kelebihan ini dilihat mampu memberikan tekanan dari sudut lain untuk pasukan Pahang.

Diharap pada perlawanan akhir ini, penyokong Kelantan dan Pahang dapat menunjukkan sikap baik yang selama ini menjadi budaya pantai timur. FAM bagaimanapun diminta lebih bekerja keras pada hari perlawanan dan jangan hanya mengharap kerjasama dari penyokong sahaja, dalam masa yang sama kelancaran perlawanan perlu diselenggara sebaiknya oleh mereka yang merupakan badan induk sukan nombor satu negara.

This Is Pantai Timur