Koleksi Sensasi

Ibu Negara Arab Saudi Lumpuh Sehari

Tindakan pihak berkuasa melakukan operasi pembersihan pekerja asing menyebabkan ibu negara Arab Saudi lumpuh sehari.

Penduduk tempatan Muhammad Qassem berkata, operasi tersebut memberi kesan terhadap aktiviti perniagaan dan kehidupan.

“Kedai tutup, jalan dan restoran kosong. Kira-kira 30 kedai telefon bimbit di satu deret jalan juga tutup. Di manakah orang ramai yang selama ini menjadi nadi untuk bandar kami?,” katanya.

Seorang penjawat awam di Jazan juga mengeluh apabila terpaksa pergi ke pejabat dengan jubah tidak bercuci.

“Saya ke pejabat dengan jubah semalam dan tidak memakai penutup kepala (shemagh) kerana kedai dobi tutup tanpa notis,” katanya dipetik Gulf News

Minggu lalu, pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran menahan pekerja asing yang tidak mempunyai permit dan tinggal melebihi had.

Tindakan itu menyebabkan ramai pekerja asing bertindak tidak keluar rumah kerana takut ditahan dan sebahagian lagi dihantar pulang kerajaan Saudi.