Koleksi Sensasi

Inilah Stapler Tanpa Dawai Kokot

Jepun sedang menjalani satu revolusi baru, terima kasih kepada beberapa produk baru inovatif yang lain daripada yang lain, tetapi telah wujud untuk masa yang lama - iaitu stapler tanpa bullet atau dawai kokot.

Dipercayai bahawa gergasi bekalan pejabat, Syarikat Kokuyo adalah yang pertama memperkenalkan stapler jenama Harinacs yang tidak mempunyai dawai kokot pada tahun 2009.

Dengan reka bentuk bilah lebih baik, beberapa model Harinacs mampu mengepil 10 keping kertas pada satu-satu masa.

Kini ia dijual pada harga USD6.99 (atau RM 21) seunit.