Koleksi Sensasi

Kes Tembak Ketua Pengawai Penguatkuasa JAIP Didalangi Syiah?

Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi kes tembak. Kali neh berlaku di Pahang. Seorang penguatkuasa JAIP telah ditembak sebanyak 3 das peluru dan mati serta merta di kawasan rumahnya selepas diserang oleh 3 individu yang tidak dikenali.

Dikenali dengan nama Ustaz Raffli Malek. Menurut laporan dari berita BERNAMA , berikut rentetan kejadian:-
  1. Insiden berlaku pada jam 2 petang.
  2. Ketika kejadian, tiga individu memasuki rumah mangsa di Indera Mahkota 2 dan melepaskan 3 das tembakan.
  3. Mangsa mati serta merta selepas terkena tembakan dari jarak dekat.
  4.  Ketiga-tiga penjenayah memakai jubah hitam dan berlilit serban.
  5. Proton wira aeroback warna putih. Mereka datang dan berlalu pergi dengan kenderaan ini. No plat belum lagi dapat dikenalpasti. Tetapi boleh jadi mereka gunakan no plat palsu bagi mengaburi jenayah mereka.
  6. Pihak polis sedang lakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif kejadian dan juga mencari penjenayah2 terbabit.
  7. Menurut sebaran dari wassap ke wassap, info dalaman mendedahkan bahawa mereka mempercayai bahawa insiden ini dikaitkan dengan kumpulan syiah yang sedang giat dibanteras oleh Ustaz Raffli Malek. Mungkin juga kerana berdasarkan identiti pakaian penjenayah yang memakai jubah hitam dan berlilit serban.
  8. Berita ini mengesahkan bahawa Ustaz memang sedang giat membanteras ajaran syiah yang semakin membiak di Pahang
  9. Akan tetapi boleh jadi juga syiah dijadikan alas untuk menutup dalang sebenar dan mengelirukan siasatan PDRM.
  10. Apapun, kita tunggu PDRM untuk keluarkan kenyataan rasmi mengenai kes ini.

rujukan: Soyzcili

ROMPIN 28 Sept. – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menahan seorang imam berusia 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur di Muadzam Shah, di sini semalam.

Dalam kes pertama kali berlaku di negeri ini hasil maklumat awam kira-kira pukul 2 petang itu, pihak JAIP turut merampas beberapa buah buku disyaki berkaitan Syiah.
Selain itu, tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kafan yang digunakan penganut ajaran itu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malik berkata, lelaki itu yang juga peneroka di Felda Selancar 1 di sini, dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Katanya, dia yang berasal dari Kelantan bagaimanapun mengaku tidak menyebarkan ajaran Syiah ketika menjadi imam.

Kata beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.

“Semasa pemeriksaan, anak lelakinya berusia 32 tahun turut berada di dalam rumah dan telah diambil keterangan untuk siasatan lanjut, manakala isteri dan keluarganya di Felda Selancar.
“Setakat ini, kita percaya dia hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dan tidak menyebarkannya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah di sini hari ini.

Kata Ahmad Raffli, kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu.

“Sebelum menyertai ajaran ini, dia juga dipercayai mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat, Johor,” katanya yang memberitahu, kes itu merupakan yang pertama kali selepas kerajaan negeri mewartakan pengharaman ajaran Syiah di Pahang, 12 September lalu.

Beliau seterusnya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ajaran itu supaya boleh tampil memberi maklumat kepada JAIP.