Koleksi Sensasi

Ketuat Di Tapak Kaki


Ketuat plantar biasanya ditemui di tapak kaki dan jenis ini memang mendatangkan ketidakselesaan pada yang menanggungnya. Boleh diibaratkan umpama berjalan di atas batu-batu kecil. Adakalanya ketuat boleh tumbuh di kawasan genital namun ia lebih banyak berlaku di bahagian jari, kaki dan tangan.

Adakah Ketua Berbahaya?

Menyentuh ketuat orang lain tidak bermakna anda boleh berjangkit dengan mudah, namun virus yang menghasilkan ketuat boleh menyebabkan ia berpindah dengan mudah kepada orang terdekat dengan cara perkongsian penggunaan pakaian atau tuala.

Bahagian tubuh yang terguris atau luka juga lebih terdedah kepada penghasilan ketuat. Jika anda mempunyai tabiat mengorek ketuat juga boleh menyebabkan ia merebak ke bahagian lain pula.

Mengelakkan Ketuat

Walaupun tiada cara khusus untuk mengelakkan ketuat, namun amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan. Jika anak anda mengalami luka, gunakan sabun dan air untuk mencuci bahagian luka tersebut.

Menguruskan Ketuat

Ketuat biasanya tidak mengancam kesihatan, jadi ia tidak semestinya dibuang. Para doktor akan menyarankan ia dibuang jika mendatangkan sakit atau mudarat kepada pesakit.

Cara untuk membuangkan ada pelbagai termasuklah penggunaan krim khas, cryosurgery dan rawatan laser.

Cara potongan jarang digunakan doktor kerana akan mengakibatkan parut serta risiko ia akan tumbuh kembali.