Koleksi Sensasi

Kota Paris Tiruan Di Negara China


Ada yang unik dengan Tianducheng, ibu kota wilayah Zhejiang, China, terdapat Menara Eiffel dan beberapa bangunan khas Eropah di bandar yang terletak di pinggir Hangzhou ini.

China berjaya membuat miniatur bandar Paris seluas 19 km di Tianducheng. Pekara ini tentu saja membuatkan heboh dipekatakan di dunia. Namun sudah tidak menghairankan sebenarnya, China memang terkenal mahir dengan gelaran dalam membuat tiruan dari suatu benda.

Miniatur bandar Paris ini merupakan projek yang dibuat selama 5 tahun sejak 2007 lalu. Projek kecil kota Paris ini dibangunkan oleh Zhejiang Guansha Co Ltd, sebuah syarikat hartanah China. Idea awalnya adalah agar penduduk China khususnya tidak perlu terbang jauh ke negeri Perancis untuk melihat keindahan menara Eiffel dan trademark Paris lain, sepeti Arc de Triomphe, atau bangunan-bangunan bergaya Eropah.

Selain itu tentu saja pekara ini akan meningkatkan ekonomi China yang memang telah maju. Pemasukan akan bertambah, kerana penduduk China tidak perlu lagi terbang ke Perancis untuk melihat Paris, kerana di negara mereka juga mempunyai miniatur bandar Paris yang berjaya dibuat menyerupai asal.

Jika anda berminat untuk melihat Paris ala China, sila berkunjung ke Tianducheng ketika anda bercuti di negeri tirai buluh ini.