Koleksi Sensasi

Lari Pelik Cipta Rekod


Pelari Jepun memecahkan rekod buku Guiness peribadi  bagi larian 100 meter menggunakan tangan dan kaki.

Kenichi Ito, 30, berjaya menamatkan larian dengan catatan 16.87 saat berbanding 17.47 saat tahun lalu.

Menurut Ito, dia belajar mengenai pergerakan itu melalui buku, video, lawatan ke zoo dan berlatih menggunakan keempat-empat anggota badan itu setiap hari sejak 10 tahun lalu.

"Diharap cara larian ini menjadi acara trek utama kelak," katanya dipetik USA Today

Sementara itu, wakil rekod buku Guiness, Carlos Martinez hadir bagi menyaksikan percubaan sekali gus mengumumkan rekod terbaru itu.