Koleksi Sensasi

Mamat Sepah Enggan Bersama Fida Ibrahim Dalam MLM 2013


Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim pernah meminta bekas kekasihnya Mamat (Sepah) untuk bergandingan bersama dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).

Bagaimanapun Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata, dia menolak ajakan Fida itu kerana menganggap kedua-dua mereka tiada keserasian dalam membuat persembahan lawak.

Tambah Mamat, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama mungkin akan kembali sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup.

Dalam pada itu Mamat memberitahu, dia lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013.

Dalam pada itu, Fida turut berentap dalam pertandingan lawak itu bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan.