Koleksi Sensasi

Mesir Haramkan Pertubuhan Ikhwanul Muslimin

Sebuah mahkamah di Mesir semalam telah menyokong keputusan awal yang mengharamkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan mengarahkan semua asetnya dirampas.
Sebelum ini, beberapa peguam pertubuhan tersebut meminta Mahkamah Kaherah Untuk Perkara-Perkara Penting menghentikan pelaksanaan keputusan awal yang mengharamkan Ikhwanul Muslimin.
Menurut laporan agensi berita Mena, seorang peguam Ikhwanul Muslimin, Osama el-Helw berkata, pihaknya akan membuat rayuan keputusan yang dibuat mahkamah tersebut.
Pihak berkuasa yang disokong tentera telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semua aset Ikhwanul Muslimin tetapi tidak merangkumi sumber kewangan pertubuhan tersebut sehingga keputusan muktamad diputuskan.
Kerajaan Mesir bertindak ke atas Ikhwanul Muslimin pada Julai lalu selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa bagi menggulingkan Presiden Mesir ketika itu, Mohamed Morsi.