Koleksi Sensasi

Mudahnya Mendapatkan MyKad Palsu Dengan Harga Hanya RM350


Sejak 23 Oktober lalu,pelbagai kisah kad pengenalan palsu berjaya didedahkan dan menjadi persoalan bagaimana warga asing menjadi pengawal keselamatan haram di Malaysia dengan menggunakan MyKad palsu.

La Ode Muhamad Arjuna Mtadjo, berasal dari Raha, Sulawesi Tenggara, Indonesia berkongsi maklumat bagaimana mudahnya mendapatkan MyKad palsu dengan harga RM350.
Sejak kisahnya disebarkan, facebook Arjuna tidak lagi aktif.


Semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya, untuk mengetahui samada lelaki di atas, dikenali sebagai Joemar Omar layak mengundi atau tidak menggunakan MyKad palsu miliknya.

Berikut hasil dipaparkan.
Maksudnya, MyKad terbabit tidak digunakan untuk warga asing itu mengundi tetapi sekadar untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Selain daripada Joemar, ramai lagi rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, didapati menggunakan MyKad palsu, klik di sini dan di sini.

Terkini, polis Kuala Lumpur mencari teman wanita bekas pengawal keselamatan merompak kedai emas di Setapak kerana dipercayai menyimpan kebanyakkan daripada rantai emas dirompak bernilai kira-kira RM150,000.

Fakta menakjubkan, perompak itu dan teman wanitanya juga pemilik MyKad palsu. Nama sebenar wanita sedang diburu polis, Noreha Lamuddin, 27 tahun, berasal dari Lambitan Filipina dan dikenali dengan identiti, Hasnah Hassan di Malaysia.

Nampaknya bukan sahaja warga Indonesia terbabit sebagai pemegang MyKad palsu, malah rakyat Filipina juga sama. Barangkali kerana wajah sebilangan mereka kelihatan seperti penampilan orang Melayu. Jadi amat mudah untuk warga asing itu mengelirukan majikan dan juga kenalan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah hukuman jika warga asing diberkas menggunakan Mykad palsu? Mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, pesalah boleh dipenjara maksimum 3 tahun atau denda RM20,000 atau keduanya.

Bagaimanapun 2 pengawal keselamatan warga Filipina diberkas di Petaling Jaya, Selangor hanya dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh mahkamah.
PETALING JAYA: Dua pengawal keselamatan warga Filipina masing-masing dikenakan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu.
Mereka didakwa di dua mahkamah berlainan.
 Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh Totoh Sabatal, 40, dan Yusri Sabiron, 41, menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan memerintahkan mereka dihantar ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman.
Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap Totoh selepas dia mengaku bersalah menggunakan kad pengenalan palsu atas nama Abdulzan Ludjuman, 43, sebagai dokumen pengenalan dirinya.
Totoh didakwa melakukan kesalahan itu di Bayan Villa, Guard House 2, Seri Kembangan, jam 1.15 pagi tadi dan didakwa mengikut Peraturan 25 (1) (e) dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERITA HARIAN
Dengan hukuman ringan seperti itu, tidak hairan jika penggunaan MyKad palsu akan terus berleluasa di Malaysia.nescafeais