Koleksi Sensasi

Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia

Berita mengejutkan, pelakon Ahmad Busu telah meninggal dunia pada jam 7.30 malam tadi di Hospital Klang, Selangor. Pelakon yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu difahamkan mengidap penyakit kencing manis yang agak teruk dan sebelum ini beberapa kali telah mengalami serangan strok.

Budiey difahamkan, Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya – bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5,

Disebabkan penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa.

Kali terakhir Budiey jumpa beliau ialah semasa beliau menghadiri Anugerah Lawak Warna 2013 yang diadakan di Istana Budaya. Syukur, beliau tidak tinggal solat dan Budiey sempat berbual-bual dengan allahyarham. Dia kata, lututnya sakit dan tak dapat berjalan dengan betul selepas kena strok. Semasa hadir, beliau datang dengan bantuan tongkat. Sedih pulak Budiey dengar cerita Allahyarham masa tu.

Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci.

Allahyarham Ahmad Busu meninggal isteri  Seri Binti Mohamad dan empat orang anak.

Marilah sama-sama kita doakan agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.