Koleksi Sensasi

Penemuan Pistol Di Stadium, FAM Tak Buat Kerja

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan insiden penemuan pistol jenis Browning bersama tujuh butir peluru di dalam tandas Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia 2013, Ahad lalu berpunca daripada kelemahan penganjur.

Sambil mengakui cukup terperanjat dengan insiden tersebut, Khairy lantang mempersoalkan kelemahan Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengendalikan perkara tersebut.

“Saya memang sangat terperanjat, ia satu kelemahan penganjur (FAM) yang cukup serius, nampak sangat FAM tidak buat kerja.

“Bukan apa, kalau pistol itu ada sebelum perlawanan, mengapa mereka (FAM) tidak periksa betul-betul.

“Jika ia (pistol) berada selepas penonton masuk stadium, pun salah Jawatankuasa Keselamatan FAM kerana mereka gagal mengesan pistol itu ketika pemeriksaan di pintu masuk,” katanya kepada pemberita.