Koleksi Sensasi

Peniaga Mati Ditembak Ketika Menunggang Motosikal Bersama Anak Berusia Enam Tahun

Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Kl Pengkalan Petah, Tawang, Bachok.

Dalam kejadian itu mangsa Alias Yusuf, 58 menunggang motosikal keluar dari rumah bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.

Kira-kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dibawa ke hospital Raha Perempuan Zainab II Kota bahru untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Syeksyen 302 Kanun Kesiksaan.