Koleksi Sensasi

Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin Dikenakan Banyak Syarat


Ditaja lebih RM3 juta ringgit ternyata tidak memberi kebebasan penuh untuk pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin mengemudi perjalanan majlis perkahwinan mereka.

Persandingan berkonsepkan dalam taman itu mensyaratkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh para tetamu.

Memandangkan hak penyiaran majlis diberi kepada Astro, tiada stesen TV lain yang dibenarkan membuat liputan dan temubual bakal mempelai hanya dilakukan oleh pihak produksi Astro.

Syarat lain yang turut dikenakan ialah, media tidak dibenarkan merakam gambar mempelai, sebaliknya mereka boleh mendapatkannya dari pihak penganjur selepas majlis.

Kawalan keselamatan juga dipertingkatkan sekaligus hanya individu berdaftar yang akan mendapat akses masuk pada majlis nanti.

Majlis itu juga akan dihadiri oleh 500 tetamu yang terpilih.