Koleksi Sensasi

PM Komited Bantu Bangladesh

Kerajaan sedang meneliti punca kelembapan kemasukan pekerja Bangladesh dalam sektor perladangan di bawah aturan kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh hujung tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara punca kelembapan kemasukan pekerja adalah proses pengeluaran visa yang memakan sedikit masa, selain berkaitan penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia.

"Ada dakwaan syarikat swasta yang mengaut keuntungan besar sebelum ini menjadi penghalang kepada kaedah G2G ini.

"Mereka dikatakan tidak lagi dapat mengaut keuntungan melalui proses kemasukan tenaga kerja dari Bangladesh melalui kaedah ini," katanya pada sidang akhbar.

ps: :)