Koleksi Sensasi

Rekod Pengapit Pengantin Paling Ramai

NEGOMBO, Sri Lanka - Satu pasangan pengantin, Nalin dan isterinya, Nisansala mencipta rekod bagi kategori pengapit pengantin wanita paling ramai.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan di Negombo yang terletak 30 kilometer ke utara ibu kota Colombo.

Dalam majlis perkahwinan itu, pasangan tersebut mendapat pengiktirafan Guinness World Records apabila mereka diiringi 126 orang pengapit pengantin wanita, 25 pengapit pengantin lelaki, 20 pembantu pengantin lelaki dan 23 wanita yang membawa bunga.

Pasangan itu memecahkan rekod lama yang dicipta di Bangkok, Thailand dengan catatan 96 pengapit pengantin wanita dalam sebuah majlis perkahwinan. - AFP