Koleksi Sensasi

Rumah Eminem Hangus Dijilat Api


Rumah tempat penyanyi rap terkenal Eminem dibesarkan dilaporkan hangus selepas ia terbakar.

Menurut laporan Detroit News, api mula menyala pada bahagian bumbung rumah sebelum ia merebak ke beberapa kawasan lain sebelum ia disedari oleh jiran berdekatan.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat memastikan punca kebakaran tersebut.

Menurut maklumat awam, rumah berkenaan adalah milik ibu kepada Eminem iaitu Deborah Mathers sejak tahun 1980.

Bagiamanapun, status pemilikan itu berubah dan rumah berkenaan sedang dilelong untuk dijual.