Koleksi Sensasi

Shahiezy Sam Tidak Tahu Restoran Miliknya Ditutup


Pelakon Shahiezy Sam menjelaskan tidak mengetahui situasi sebenar restoran miliknya iaitu Best Time Family Cafe & Grill yang dilaporkan telah ditutup sejak beroperasi enam bulan lalu.

Aktor yang mesra disapa Sam, 31, itu berkata, dia telah menyerahkan urusan menguruskan restoran berkenaan kepada dua rakan kongsinya iaitu ibu saudara dan kakaknya, pelakon Zizie Ezzette.

Tambah Sam, dia masih tidak berkesempatan untuk mengetahui situasi sebenar mengenai perniagaan yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya lakonannya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi apabila dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem menerusi filem SAM di Anugerah Skrin 2013.

Sementara itu, Sam memberitahu dia bakal menjalani penggambaran filem Adnan Sempit Sawadikap selain bakal muncul dengan filem Mamak Cupcakes pada awal tahun hadapan.