Koleksi Sensasi

Suspek Pembunuh Pegawai Ambank Kini Direman Tujuh Hari


Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Dia direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.