Koleksi Sensasi

Taman Tergantung Ala Pandora Dalam Filem Avatar


Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea.Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames. Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung. Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren. 

"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya. Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron.