Koleksi Sensasi

Tebusan Diselamatkan Ahli Keluarga Sendiri


Louisiana - Sebuah keluarga membuat keputusan sendiri dengan menyelamatkan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga mereka yang diculik oleh bekas kekasihnya di sebuah rumah kosong.

Drama itu bermula apabila seorang wanita, Bethany Arceneaux dijadikan tebusan pada Rabu lalu oleh bekas kekasihnya, Scott Thomas.

Thomas juga adalah bapa kepada seorang anak Arceneaux.

Namun, beberapa anggota keluarga wanita tersebut termasuk bapa saudara Bethany, Marcus bertindak memasuki rumah tersebut.

Apabila Marcus keluar dari rumah tersebut dengan mendukung Bethany, anggota-anggota polis tindakan khas meluru ke dalam rumah berkenaan dan mendapati Thomas telah mati ditembak.

Wanita yang berusia 29 tahun itu telah ditikam dan dikelar tetapi keadaannya tidak parah.

Dia kini dirawat di sebuah hospital.

Menurut seorang pegawai polis, Kapten Kip Judice, keluarga Bethany telah menembak Thomas semasa mereka cuba untuk membebaskannya.

"Saya berasa amat gembira (ekoran kejayaan pembebasan Bethany)," kata seorang ibu saudara wanita tersebut,Monica Arceneaux-Henry.