Koleksi Sensasi

Terjun Dari Helikopter Dengan Sut Terbang


Colombia - Seorang penerjun profesional, Jhonathan Florez terjun dari sebuah helikopter dengan menggunakan sut terbang.

Dia terjun bersama seorang jurukamera dari helikopter tersebut pada ketinggian lebih 4,000 meter.

Florez terbang mencapai kelajuan lebih 160 kilometer sejam ketika meluncur di udara di kawasan yang pergunungan Monserrate.

"Ada ketikanya, saya terfikir betapa cantiknya kawasan pergunungan itu," katanya yang merupakan warga Colombia.

Sut terbang khas itu telah diperkenalkan untuk sukan terjun dari udara sejak tahun 1990-an.

Mereka yang memakai sut tersebut akan kelihatan seolah-olah mempunyai sayap semasa meluncur di udara sebelum mendarat dengan menggunakan payung terjun.

Sejumlah orang menyaksikan aksi Florez dan rakannya itu dalam satu demonstrasi terjun dengan menggunakan sut tersebut.

Florez pernah memenangi Kejohanan Dunia Sut Terbang di China pada bulan lalu. - Agensi