Koleksi Sensasi

Video Parodi 'Gwiyomi' Nora Danish Yang Terbaik - Hari


Selebriti Korea yang terkenal dengan gaya Gwiyomi, Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish adalah yang terbaik pernah ditontonnya.

Hari, 23, berkata, dia berharap dapat melakukan gaya gwiyomi bersama Nora jika diberi kesempatan dan peluang bertemu pelakon tersebut.

Tambahnya, dia terharu apabila gaya Gwiyomi yang diperkenalkan mendapat perhatian ramai dan diminati oleh masyarakat negara ini.

Kata Hari, dia bakal berkolaborasi dengan kumpulan Kpop terkenal G Dragon untuk single terbaharunya.

Hari berada di Malaysia dalam rangka bertemu dan ramah mesra bersama peminat-peminatnya di beberapa negara Asia.