Koleksi Sensasi

Wanita Ditikam, Pisau Masih Diperut


Kejadian ini berlaku di bandar Kota Kinabalu. Wanita ini sedang menunggu rakannya diluar pintu masuk sebuah Hotel Horizon di Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan terapi. Tiba-tiba wanita ini didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan cuba untuk merampas beg tangan dan telefon bimbit wanita tersebut.

Lelaki ini telah mengeluarkan pisau untuk mengugut wanita ini. Namun wanita tadi tidak memberikan juga beg tangan dan telefon bimbitnya. Akhirnya lelaki itu terus menikam bahagian perut wanita ini. Wanita ini menjerit untuk meminta tolong.  Nasib baik pengawal keselamatan yang berada berhampiran mendengar jeritan wanita tersebut dan menyelamatkannya.