Koleksi Sensasi

Wanita Ini Jatuh Tersungkur Depan TV


“Saya suka melihat bagaimana saya melalui hari-hari dengan perkara yang dijangkaka – sebab itu saya bekerja dengan (stesen) TV’. Tulisan penyampai berita KRQE TV, Jessica Garate dalam blognya, menggambarkan insiden lucu yang berlaku ketika dia sedang bertugas.

Insiden berkenaan menjadi bahan ketawa orang ramai yang menyaksikan berita tersebut.

Ketika sedang membacakan laporan mengenai perkahwinan sesama jenis, tanpa disangkanya, salah seorang kakitangan krew di dalam studio telah tersungkur di sebelahnya.

Kejadian itu disiarkan secara langsung dan stesen TV berkenaan memutuskan untuk membiarkannya kerana berita itu sedang keudara.

Meskipun wanita yang tidak dinamakan itu terjatuh di sebelahnya, namun Garate tetap professional dan meneruskan laporan tersebut.

Dia yang bekerja dengan stesen TV tersebut sejak 2004, menyampaikan laporan berita itu tanpa mempedulikan mengenai `tetamu tidak diundang’ tersebut.

Wanita yang terjatuh itu adalah salah seorang kakitangan itu itu, yang bertugas menjawab panggilan telefon.

Mujurlah dia tidak cedera dan lantas bangun serta berjalan masuk ke dalam studio.