Koleksi Sensasi

Wanita Syria Kini Keluar Berjihad


Akibat pengepungan dan serangan-serangan tanpa henti rejim Assad ke kawasan-kawasan Ghoutah di tepi kota Damaskus, kaum Muslimah di kawasan tersebut memutuskan untuk terjun ke medan Jihad untuk menguatkan barisan kaum Mujahidin.

Kaum Muslimah Syria sebelum revolusi terkenal dengan wanita-wanita yang menghidupkan masjid-masjid mereka dan rajin mengajarkan anak-anaknya untuk menghafal Al-Quran.

Dan kini setelah revolusi bermula dan kezaliman bermaharajalela di Syria, mereka bagai singa-singa pemberani dilatih untuk menjadi wanita-wanita tangkas dan mampu berperang sehingga dapat melindungi diri dan anak-anak mereka. 

Kali ini, Mujahidah-mujahidah dari batalyon Muslimah "Katiba Ummahat Syuhada Al-Ghoutah" di Ghoutah Syarqiyyah menyerang kawasan-kawasan rejim Assad dengan mortar menggunakan teknologi modern untuk menghitung dan mengukur koordinasi markas tentera Syiah dengan teliti. 

Seorang Mujahidah mengatakan: 
''Kami batalion Ummahat Syuhada Ghoutah bersama-sama dengan batalion Hara-ir Suriah akan melakukan operasi serangan keatas tentera rejim Assad dimanapun kami menemukannya biiznillah Ta'ala".

Dan video ini merupakan pesan dari para Mujahidah-mujahidah Syria, bahawa mereka akan terus berjihad hingga rejim Syiah Assad jatuh.


LINK : http://www.youtube.com/watch?v=HEu08HVW2Tc