Koleksi Sensasi

Zoo Di Gaza Palestin Bela Haiwan Mati

Jika anda melawat Khan Younis Zoo, sebuah taman binatang yang terletak di kawasan Jalur Gaza, pastinya anda akan mendapati banyak binatang dipamerkan seperti di Zoo pada kebiasaannya. Namun jika dillihat lebih dekat dan teliti, maka akan terlihat jelas perbezaan Zoo ini dengan Zoo ditempat lain. Lebih dari separuh haiwan yang dipamerkan tersebut adalah dalam keadaan sudah mati.

Mungkin rasanya aneh mendengar sebuah Zoo sebagian besar berisi hidupan yang sudah mati, mengingat salah satu tujuan kewujudan taman haiwan adalah sebagai tempat perlindungan bagi haiwan-haiwan. Tapi begitulah yang terjadi di Gaza, Palestin. Pihak taman binatang tidak mempunyai pilihan lain.


Mohammed Awaida, pemilik Khan Younis Zoo mengemukakan bahawa ia kehilangan sebahagian hidupan penghuni taman haiwannya pada Disember 2008, tepat ketika Israel menggempur Hamas dalam waktu 3 minggu. Selama waktu tersebut, keadaan sangat genting dan Mohammed Awaida sukar untuk mengurus Khan Younis Zoo. Akibatnya, hidupan-hidupan yang dilindungi di taman haiwan tersebut mati akibat terlantar dan kelaparan.

Pasca perang Gaza, Khan Younis Zoo boleh diakses kembali. Namun haiwan-haiwan seperti harimau, singa, kera dan buaya sudah mati. Pihak taman amat merasai kehilangan itu. Akhirnya, muncullah idea untuk mengawetkan haiwan-haiwan yang sudah mati tersebut. Memang pada awalnya mereka tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai proses pengawetan jasad haiwan. Namun setelah mencari banyak maklumat dari pelbagai sumber, pembuatan 'mummy' haiwan pun bermula.

Hasilnya tidak terlalu bagus. Pihak taman haiwan mengakui bahawa mereka bukanlah ahli dalam hal mengawetkan jasad haiwan. Sebahagian besar 'mummy' haiwan yang ada tampak menyedihkan dengan tulang-tulang yang terkeluar dari tubuhnya, atau lubang yang menganga di kepala. Seekor landak dengan kepala berlubang bahkan tampak dihurungi lalat, menunjukkan proses pengawetan kurang berjaya.

Sebenarnya, mengawet binatang yang sudah mati ini bukanlah pekara yang baru bagi taman haiwan di Palestin. Seekor Zirafah bernama Brownie dipelihara 9 tahun lalu, ketika mati akibat keadaan buruk semasa peperangan antara Palestin dan Israel. Sekatan yang dilakukan Israel terhadap Palestin membuat taman haiwan sukar untuk mendapatkan haiwan baru. "Kami mempunyai lebih banyak spesies binatang yang dipelihara dibanding yang hidup. Tidaak lama lagi, mungkin akan datang masa di mana orang-orang harus menyebut tempat ini sebagai 'taman haiwan yang dipelihara' berbanding  'taman haiwan' "Ujar Amjad al-Haj, Pengarah Kewangan Khan Younis Zoo.