Koleksi Sensasi

Budak 3 Tahun Tersangkut Di Tingkat 8

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terselamat selepas ia jatuh dari beranda tingkat lapan lalu tersangkut dan terperangkap dibelakang penyaman udara bangunan tersebut. Kanak-kanak kecil yang tidak diketahui namanya ini, dikatakan berada sendirian di salah satu bilik pangsapuri di Beijing, China.

Jiran Tetangga yang mendengarnya menjerit ketakutan akhirnya menelefon polis untuk meminta bantuan. Tetapi ketika mereka melihat dia mula tergelincir ke bawah mereka pun memutuskan untuk mengatasi masalah tersebut dengan tangan mereka sendiri.Suasana menjadi tegang di tingkat lapan, mereka mempersiapkan diri untuk mengambil kanak-kanak tiga tahun ini apabila ia mula tergelincir setelah tersepit di sebuah penyaman udara.Dia selamat sekarang, Wang dan Zhou bekerja sama sebagai pemuda penyelamat.

Dua pekerja kedai runcit, Mr Wang dan Zhou, membantu dengan memanjat keluar tingkap dan meraih lengan kanak-kanak itu tepat pada waktunya. Seorang saksi yang melalui kawasan tersebut, Mr Miao, mengatakan ia tiba-tiba mendengar jeritan dan ketika ia mendongak keatas ia melihat 'seorang kanak-kanak yang terperangkap di belakang penghawa dingin sementara kakinya tergantung. Mereka berjaya mencapai kanak-kanak itu dari beranda tingkat ketujuh selepas ia jatuh dari apartmen ditingkat lapan.

Mr Miao menambah: "Kemudian beberapa lelaki muncul di beranda di tingkat 7. Salah satu dari mereka memanjat dan menangkap pergelangan tangan kanak-kanak tersebut."