Koleksi Sensasi

Guna Helikopter Selamatkan Pengendali Kren


Sebuah helikopter tentera Kanada digunakan untuk menyelamatkan seorang lelaki terperangkap di atas palang kren selepas kebakaran berlaku di sebuah bangunan apartmen di Ontario.

Seorang anggota penyelamat turun dari helikopter itu di atas kren. Dia kemudian mengikat tubuhnya dengan tali keselamatan bersama lelaki yang merupakanpengendali kren berkenaan

Kedua-dua mereka kemudian ditarik untuk menaiki helikopter tersebut.

Pengendali kren tersebut dihantar ke sebuah hospital dengan menggunakan ambulans.

Dia dilaporkan mengalami kecederaan kecil.

Pengendali kren tersebut terperangkap kerana api yang marak dekat krennya ketika bangunan apartmen yang dalam pembinaan itu terbakar. - Agensi